Friday, 18 November 2011
ISTILAH WORLD WIDE WEB (WWW)
World Wide Web merupakan sejenis sistem yang mengandungi koleksi halaman web di seluruh dunia. World Wide Web juga merujuk kepada satu sistem hipermedia yang mengandungi koleksi halaman maklumat di dunia yang boleh dicapai oleh pengguna dengan cepat dan murah. Web bukan sahaja membolehkan pengguna melihat teks dan grafik malahan audio, video dan animasi turut terlibat sama.
Labels:
INTERNET
SEJARAH
Sekitar tahun 1960-an, penyelidik mula mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan komputer yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat. Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan perhubnungan dengan bantuan talian telefon. Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh 'Advanced Research Project Agency', Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Labels:
INTERNET
PERANTI PENGIMBAS
Data seperti teks dan grafik boleh juga dimasukkan ke dalam sesebuah sistem komputer melalui penggunaan pengimbas. Kaedah ini lebih pantas berbanding dengan proses menaip atau melukis semula sesuatu bahan yang sedia ada. Peranti pengimbas juga merujuk kepada alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara atau nombor, lukisan dan gambar foto dalam bentuk tradisional kepada bentuk digital yang difahami oleh komputer. Terdapat beberapa jenis peranti pengimbas seperti :-
PENGIMBAS IMEJ ( Scanner )
PENGIMBAS IMEJ ( Scanner )
- Pengimbas imej digunakan dalam menterjemahkan sumber dari helaian kertas sama ada sumber dalam bentuk teks, grafik, gambar foto atau lakaran kepada bentuk digital. Terdapat 4 jenis pengimbas imej yang utama dan setiap satu mempunyai ciri-ciri serta keistimewaan yang tersendiri.
Labels:
INPUT
MASUKAN SECARA TERUS
Input ini merupakan satu kaedah memasukkan maklumat atau arahan ke dalam sistem komputer. Secara amnya, ia terbahagi kepada 4 kategori iaitu :-
- Peranti penunjuk
- Peranti pengimbas
- Sistem pengenal suara
- Kad modem atau kad rangkaian.
Labels:
INPUT
PAPAN KEKUNCI
Masukan melalui papan kekunci terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu:
- Masukan melalui papan kekunci.
- Masukan melalui terminal.
Masukan melalui papan kekunci
Papan kekunci (keyboard) meyerupai mesin taip tradisional dan sering digunakan untuk menaip perkataan, memberi arahan dan memasukkan data. Antara jenis papan kekunci yang popular antaranya ialah papan kekunci jenis QWERTY yang dinama berdasarkan 6 aksara pertama yang berada di barisan atas papan kekunci.
Labels:
INPUT
GENERASI KOMPUTER
Evolusi komputer digital secara umumnya boleh dibahagikan mengikut generasi. Setiap generasi dibahagikan berdasarkan pencapaian atau peningkatan dramatik berbanding generasi sebelumnya di dalam teknologi pembinaan komputer.
ERA MEKANIKAL ( 1623-1941)
ERA MEKANIKAL ( 1623-1941)
Labels:
SEJARAH
ZAMAN SELEPAS TAHUN 1940
Selepas kejayaan ciptaan Charles Babbage, terdapat beberapa lagi kalkulator mekanikal yang telah berjaya dicipta. Namun perkembangan komputer mula rancak setelah memasuki tahun 40-an. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer.
1944 MARK 1
Komputer elektro-mekanikal yang pertama dengan saiz 55 kaki panjang, 8 kaki tinggi serta dihubungkan oleh wayar sepanjang 800 kilometer. Ianya dibangunkan hasil daya usaha Dr. Howard Aikern di Harvard University dengan kerjasama dari IBM. Mark 1 menggunakan signal elektromagnetik bagi menggerakkan bahagian mekanikalnya.
1944 MARK 1
Komputer elektro-mekanikal yang pertama dengan saiz 55 kaki panjang, 8 kaki tinggi serta dihubungkan oleh wayar sepanjang 800 kilometer. Ianya dibangunkan hasil daya usaha Dr. Howard Aikern di Harvard University dengan kerjasama dari IBM. Mark 1 menggunakan signal elektromagnetik bagi menggerakkan bahagian mekanikalnya.
Labels:
SEJARAH
ZAMAN SEBELUM TAHUN 1940
Penciptaan demi penciptaan inilah yang akhirnya berjaya menghasilkan suatu sistem pengiraan yang lebih kompleks dan canggih iaitu komputer :-
Labels:
SEJARAH
BAGAIMANA KOMPUTER BEROPERASI.
Terdapat 4 operasi asas seperti yang berikut:-
MASUKAN (Input)
MASUKAN (Input)
- Peranti masukan atau peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem komputer. Peranti ini digunakan bagi membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi arahan-arahan kepada sesebuah sistem komputer. Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse) dan Kayuria (joystick) merupakan antara contoh peranti input yang digunakan.
Labels:
KONSEP ASAS KOMPUTER
KONSEP LITERASI KOMPUTER
Kita sedari bahawa agak sukar untuk seseorang itu untuk terus menjalani hidup seharian tanpa asas pengetahuan mengenai komputer. Terdapat 3 konsep utama yang diperlukan bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan literasi komputer:-
- Kesedaran -- Kita menyedari akan komputer, kepelbagaian penggunaannya serta kepentingannya di dalam masyarakat.
Labels:
KONSEP ASAS KOMPUTER
APA ITU KOMPUTER?
Komputer boleh dikatakan suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Terdapat 2 prinsip atau sifat komputer yang utama iaitu:-
- Bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah ditentukan.
Labels:
KONSEP ASAS KOMPUTER
Subscribe to:
Posts (Atom)