PENGIMBAS IMEJ ( Scanner )
- Pengimbas imej digunakan dalam menterjemahkan sumber dari helaian kertas sama ada sumber dalam bentuk teks, grafik, gambar foto atau lakaran kepada bentuk digital. Terdapat 4 jenis pengimbas imej yang utama dan setiap satu mempunyai ciri-ciri serta keistimewaan yang tersendiri.
PENGIMBAS RATA ( Flatbed Scanner )
- Pengimbas ini berfungsi hampir sama seperti mesin salinan pendua tetapi ia menghasilkan salinan digital untuk kegunaan komputer berbanding salinan kertas tradisional oleh mesin salinan pendua. Pengimbas ini mampu mengimport keseluruhan muka surat dalam satu masa dan menghasilkan yang jelas sepertimana salinan asal.
PENGIMBAS TANGAN ( Hand-Held Scanner )
- Pengimbas tangan merupakan peranti pengimbas bolehubah yang kecil, murah dan mudah digunakan. Ia amat sesuai digunakan untuk mengimport imej yang kecil seperti tandatangan, logo dan sebagainya. Pengimbas tangan kurang mendapat sambutan memandangkan pengimbas tangan dengan kualiti kerja yang jauh lebih baik.
PENGIMBAS HELAIAN ( Sheet-fed Scanner)
- Pengimbas helaian menghasilkan hasil imbasan yang lebih tepat dan jelas berbanding dengan pengimbas tangan dan harganya lebih murah berbanding dengan pengimbas rata. Kelemahannya ia cuma hanya boleh digunakan untuk mengimbas sekeping kertas sahaja dan tidak boleh melakukan proses imbasan bagi helaian kertas yang tebal ataupun sumber dalam bentuk buku.
0 comments:
Post a Comment