Subscribe:

Labels

Friday, 18 November 2011

BAGAIMANA KOMPUTER BEROPERASI.

Terdapat 4 operasi asas seperti yang berikut:-

MASUKAN (Input)
  • Peranti masukan atau peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem komputer. Peranti ini digunakan bagi membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi arahan-arahan kepada sesebuah sistem komputer. Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse) dan Kayuria (joystick) merupakan antara contoh peranti input yang digunakan.
PEMPROSESAN (Processing)
  • Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ( Central Processing Unit ) berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer. Unit atau peranti  pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.
KELUARAN (Output)
  • Peranti output membolehkan sesebuah sistem komputer berkomunikasi dengan penggunanya. Peranti ini memaparkan maklumat pada skrin komputer, menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan bunyi-bunyian. Skrin paparan (monitor), pencetak (printer) dan pembesar suara (speaker) merupakan antara contoh peranti output yang utama.
STORAN (Storage)
  • Peranti storan berperanan untuk menyimpan data atau maklumat. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan dari peranti ini untuk melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan. Cakera keras (Hard disk), cakera liut (floppy disk) dan CD-ROM merupakan contoh peranti-peranti storan yang utama.
  • Setiap proses ini boleh diringkaskan seperti :-
  1. Data atau arahan dimasukkan melalui pernati masukan.
  2. Data atau arahan tadi kemudian diproses oleh peranti pemprosesan.
  3. Data yang telah diproses kemudiannya dihantar kembali kepada pengguna melalui peranti keluaran.

2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...