Penciptaan demi penciptaan inilah yang akhirnya berjaya menghasilkan suatu sistem pengiraan yang lebih kompleks dan canggih iaitu komputer :-
3000SM Alat Penghitung Abakus
Alat ini merupakan alat penghitung mekanikal yang pertama didunia. Ianya telah sedia ada lebih kurang 5000 tahun yang silam. Ianya membolehkan pengguna melaksanakan pengiraan berdasarkan sistem susunan manik yang disusun di atas rak kayu atau dawai.
Abakus mula digunakan di Babylonia dan dari itu ianya terus merebak keseluruh rantau Asia. Pembinaan piramid misalnya, jurutera Mesir menggunakan abakus untuk membantu mereka menghitung berat dan tinggi batu yang diperlukan dan bagaimana batu tersebut perlu disusun. Kini, piramid masih tersergam indah dan ini secara langsung membuktikan bahawa abakus merupakan sebuah mesin kira yang cukup jitu dan tepat.
Kini, abakus masih lagi digunakan oleh sebilangan peniaga berbangsa Cina di Malaysia yang masih percaya dan yakin dengan ketepatan alat tersebut. Mulai awal tahun 1994, abakus atau dikenali dengan nama sempoa turut diperkenalkan kembali.
Friday, 18 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment