Subscribe:

Labels

Friday, 18 November 2011

ZAMAN SELEPAS TAHUN 1940

Selepas kejayaan ciptaan Charles Babbage, terdapat beberapa lagi kalkulator mekanikal yang telah berjaya dicipta. Namun perkembangan komputer mula rancak setelah memasuki tahun 40-an. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer.

1944   MARK 1
Komputer elektro-mekanikal yang pertama dengan saiz 55 kaki panjang, 8 kaki tinggi serta dihubungkan oleh wayar sepanjang 800 kilometer. Ianya dibangunkan hasil daya usaha Dr. Howard Aikern di Harvard University dengan kerjasama dari IBM. Mark 1 menggunakan signal elektromagnetik bagi menggerakkan bahagian mekanikalnya.

1946   ENIAC
Electronic Numetical Integrator And Calculator (ENIAC) yang dicipta oleh J. Presper Eckert dan John W.Mauchly merupakan komputer yang beroperasi sepenuhnya secara elektronik.Ianya terdiri daripada 18 000 tiub vakum, 70 000 resistor, 10 000 kapasitor dan memerlukan ruang seluas 1500 kaki persegi. Ia beroperasi dengan kelajuan 1 000 kali lebih pantas dari Mark 1.

1948   EDVAC
Electronic Discrete Variable Automatic Computer (EDVAC) merupakan komputer yang memperkenalkan konsep ingatan (memory) yang membolehkan data atau program disimpan di dalamnya. Ianya merupakan hasil kerjasama John Von Neuman dan tenaga kerja dari University of Pennsylvania.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...