ERA MEKANIKAL ( 1623-1941)
- Era pembinaan alat mekanikal bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah dalam pengiraan.
- Ahli metamatik berusaha membangunkan alat yang dapat membantu mereka melaksanakan proses menambah, menolak, mendarab dan membahagi dengan kadar yang lebih pantas.
- Antara mesin yang berjaya dibina pada era ini antaranya ialah Enjin Analytical Babbage, Enjin Perbezaan Babbage dan Mesin Tabulasi Hollerith.
GENERASI PERTAMA ( 1942-1958 )
- Dikeluarkan dalam saiz yang amat besar.
- Menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat.
- Media input dan output dalam bentuk kad tebuk atau pita magnetik.
- Perisian ditulis dalam bahasa mesin.
- Contoh mesin yang berjaya dibina antaranya ialah Mark 1, ENIAC, EDVAC dan UNIVAC.
0 comments:
Post a Comment