- Masukan melalui papan kekunci.
- Masukan melalui terminal.
Masukan melalui papan kekunci
Papan kekunci (keyboard) meyerupai mesin taip tradisional dan sering digunakan untuk menaip perkataan, memberi arahan dan memasukkan data. Antara jenis papan kekunci yang popular antaranya ialah papan kekunci jenis QWERTY yang dinama berdasarkan 6 aksara pertama yang berada di barisan atas papan kekunci.
Papan kekunci mempunyai di antara 85 sehingga 120 kekunci yang mewakili aksara, nombor, aksara istimewa, kekunci fungsi dan pelbagai arahan komputer yang lain. Jumlah kekunci yang ada pada sesebuah papan kekunci adalah berbeza dan ianya bergantung kepada jenis sistem komputer yang digunakan. Komputer peribadi jenis desktop biasanya mempunyai di antara 101 sehingga 104 kekunci. Terdapat juga sistem komputer yang menyediakan papan kekunci istimewa yang mempunyai pelbagai kekunci tambahan terutamanya bagi tujuan multimedia atau memainkan elemen audio-visual dan juga bagi penerokaan internet.
0 comments:
Post a Comment