PERANTI PENUNJUK
- Tetikus (mouse)
Tetikus merupakan peranti masukan yang mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata dan ia bergerak berdasarkan pergerakan bebola di bahagian bawahnya. Setiap pergerakkan, penunjuk di skrin akan bergerak dalam arah yang sama. Untuk memilih arahan pada skrin, kursor tetikus akan ditempatkan pada arahan yang berkenaan dan butang pada tetikus perlu diklik.
2. Bola pengesan ( Trackball )
Bola pengesan berfungsi hampir sama seperti mana tetikus. Sekiranya tetikus mempunyai butang untuk diklik serta bebola di bahagian bawahnya, bola pengesan juga berfungsi dengan cara yang sama. Bezanya, bebola berada dibahagian atas seiring dengan butang yang disediakan. Bola pengesan digerakkan dengan memusingkan bebola dengan menggunakan tapak tangan atau jari pengguna.
0 comments:
Post a Comment