Subscribe:

Labels

Friday, 18 November 2011

SEJARAH

         Sekitar tahun 1960-an, penyelidik mula mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan komputer yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat. Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan perhubnungan dengan bantuan talian telefon. Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh 'Advanced Research Project Agency', Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

         Pendekatan tersebut menemui kejayaan dan era Rangkaian Komputer bermula. Ianya kemudian dikenali sebagai 'ARPnet'.Rangkaian ini membolehkan sesebuah sistem komputer berkongsi data dan maklumat dengan mudah dan pantas. Terdapat banyak lagi projek rangkaian lain yang berfungsi dengan menggunakan sistem yang tersendiri seperti NSF (National Science Foundation), MILNET dan sebagainya. Perkembangan sistem ini berubah begitu pantas dan pesat.

          Pada tahun 1970-an, ARPA membina peraturan atau protokol bagi tujuan penghantaran data di antara rangkaian komputer yang berbeza. Protokol Internet inilah yang membolehkan semua komputer di seluruh dunia boleh dihubungkan antara satu sama lain.

         Seterusnya, pada tahun 1980-an hubungan rangkaian dengan rangkaian ini yang kemudiannya dikenali sebagai internet mula berkembang dengan kadar yang sangat menakjubkan.Beratus-ratus IPT, syarikat dan agensi kerajaan mula menghubungkan komputer mereka kepada internet.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...