World Wide Web merupakan sejenis sistem yang mengandungi koleksi halaman web di seluruh dunia. World Wide Web juga merujuk kepada satu sistem hipermedia yang mengandungi koleksi halaman maklumat di dunia yang boleh dicapai oleh pengguna dengan cepat dan murah. Web bukan sahaja membolehkan pengguna melihat teks dan grafik malahan audio, video dan animasi turut terlibat sama.
WWW merupakan suatu pendekatan yang berfungsi untuk menggabungkan maklumat yang ada di dalam Internet. Ini dilakukan supaya capaian maklumat boleh dilakukan menggunakan satu protokol yang mudah. WWW boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menggabungkan kesemua elemen-elemen di dalam Internet agar lebih mudah untuk diguna serta dikendalikan.
Era ledakan maklumat yang begitu ketara menjadikan setiap individu bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan maklumat dan ilmu terkini. Untuk menerokai dunia Web, pengimbas web (web browser) diperlukan. Di antara perisian pengimbas yang sering digunakan antaranya ialah Netscape Communicator, Internet Explorer, Pipeline, Internet In A Box, NetCruiser, Mosaics, Prodigy dan sebagainya.
Friday, 18 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment