Featured Posts
-
KOMPUTER
Aplikasi sesebuah komputer akan dilengkapi dengan monitor, keyboard, mouse dan CPU....
-
IPAD
Pembangunan teknologi lebih pesat dengan adanya laptop dan IPAD yang di lengkapi oleh bentuk icon yang terbaik dan sesuai..
-
JOYSTICK
Joystick boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan di gunakan dalam permainan yang melibatkan komputer...
-
KEYBOARD
Penggunaannya amat diperlukan untuk menaip data yang diperlukan oleh pengguna.....
-
PERISIAN
Perisian yang dibangunkan untuk penggunaan komputer walaupun perisian ini cepat berubah ke perisian lain.....
Friday, 18 November 2011
ISTILAH WORLD WIDE WEB (WWW)
World Wide Web merupakan sejenis sistem yang mengandungi koleksi halaman web di seluruh dunia. World Wide Web juga merujuk kepada satu sistem hipermedia yang mengandungi koleksi halaman maklumat di dunia yang boleh dicapai oleh pengguna dengan cepat dan murah. Web bukan sahaja membolehkan pengguna melihat teks dan grafik malahan audio, video dan animasi turut terlibat sama.
Labels:
INTERNET
SEJARAH
Sekitar tahun 1960-an, penyelidik mula mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan komputer yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat. Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan perhubnungan dengan bantuan talian telefon. Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh 'Advanced Research Project Agency', Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Labels:
INTERNET
PERANTI PENGIMBAS
Data seperti teks dan grafik boleh juga dimasukkan ke dalam sesebuah sistem komputer melalui penggunaan pengimbas. Kaedah ini lebih pantas berbanding dengan proses menaip atau melukis semula sesuatu bahan yang sedia ada. Peranti pengimbas juga merujuk kepada alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara atau nombor, lukisan dan gambar foto dalam bentuk tradisional kepada bentuk digital yang difahami oleh komputer. Terdapat beberapa jenis peranti pengimbas seperti :-
PENGIMBAS IMEJ ( Scanner )
PENGIMBAS IMEJ ( Scanner )
- Pengimbas imej digunakan dalam menterjemahkan sumber dari helaian kertas sama ada sumber dalam bentuk teks, grafik, gambar foto atau lakaran kepada bentuk digital. Terdapat 4 jenis pengimbas imej yang utama dan setiap satu mempunyai ciri-ciri serta keistimewaan yang tersendiri.
Labels:
INPUT
MASUKAN SECARA TERUS
Input ini merupakan satu kaedah memasukkan maklumat atau arahan ke dalam sistem komputer. Secara amnya, ia terbahagi kepada 4 kategori iaitu :-
- Peranti penunjuk
- Peranti pengimbas
- Sistem pengenal suara
- Kad modem atau kad rangkaian.
Labels:
INPUT
PAPAN KEKUNCI
Masukan melalui papan kekunci terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu:
- Masukan melalui papan kekunci.
- Masukan melalui terminal.
Masukan melalui papan kekunci
Papan kekunci (keyboard) meyerupai mesin taip tradisional dan sering digunakan untuk menaip perkataan, memberi arahan dan memasukkan data. Antara jenis papan kekunci yang popular antaranya ialah papan kekunci jenis QWERTY yang dinama berdasarkan 6 aksara pertama yang berada di barisan atas papan kekunci.
Labels:
INPUT
GENERASI KOMPUTER
Evolusi komputer digital secara umumnya boleh dibahagikan mengikut generasi. Setiap generasi dibahagikan berdasarkan pencapaian atau peningkatan dramatik berbanding generasi sebelumnya di dalam teknologi pembinaan komputer.
ERA MEKANIKAL ( 1623-1941)
ERA MEKANIKAL ( 1623-1941)
Labels:
SEJARAH
Subscribe to:
Posts (Atom)